Wednesday, April 15, 2009

Semai Benih IMAN.

" Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu : kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap - tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan - perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."
(Surah Ibrahim 14: 24-25)
TAUHID YANG SEMPURNA
IBARAT POHON YANG TEGUH
Tip menyemai Iman dalam Diri Anak - anak
  • Latih anak menghafal al-Quran bermula dengan surah-surah mudah.
  • Memahami al-Quran dengan tafsir surah-surah ringkas.
  • Galakkan mereka membaca doa untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan atau sekurang-kurangnya bismillah.
  • Ajak mereka bersolat bermula mereka berusia 5 tahun.
  • Ajar mereka bersolat ketika berusia 7 tahun.
  • Disiplin mereka solat 5 waktu setelah berusia 10 ke atas.
  • Biasakansolat berjemaah.
  • Belikan buku - buku bacaan yang membentuk akidah, bukan khurafat.
  • Ajarkan mereka adab sopan terhadap ibubapa, adik beradik, jirantetangga, guru, kawan-kawan dan orang tua.
  • Biasakan mereka bergaul dengan orang lebih tua dengan membawa mereka berkunjung ke rumah saudara mara, rakan - rakan atau jiran tetangga.
  • Pantau dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka pergi.
  • Zahirkan kasih sayang kepada mereka melalui ciuman atau pun dakapan.

No comments:

Post a Comment